- Parsi adalah baka kucing yang mempunyai bulu yang panjang. Ia juga mempunyai ciri2 seperti mempunyai muka yang berbentuk bulat dan bermuncung pendek.Gelaran baka ini (PARSI) merujuk kepada tempat baka yang sama dijumpai iaitu persia (masih diragui-perbincangan) . Diiktiraf sebagai kucing mewah sejak lewat abad ke-19. Mula dibiakkan oleh penternak berbangsa Amerika selepas perang dunia kedua.
- Di Britain, ia dipanggil baka bulu panjang (long hair) atau Parsi Longhair. Pembiakan secara selektif yang dijalankan oleh penternak telah membolehkan wujud kepelbagaian warna bulu baka ini malah turut meningkatkan penghasilan baka Flat face persian.
- Baka tradisional, mempunyai muncung yang lebih ketara, dan lebih popular dalam kalangan orang awam. Penyakit keturunan iaitu buah pinggang adalah lazim dalam baka jenis ini sehingga ada diantaranya, menjejaskan hampir separuh baka ini di sesetengah negara.
- Sifat tenang dan bersahaja Parsi lebih cenderungan untuk dibesarkan di kawasan apartment dan di dalam rumah. Ia telah menjadi baka yang paling popular di Amerika Syarikat selama bertahun-tahun tetapi popularitinya telah menurun di Britain dan Perancis.
Kemunculan baka kucing berbulu panjang adalah tidak diketahui dengan jelas kerana tiada spesimen kucing liar Africa atau moyang subspesies domestik yang menyerupai baka ini. Dalam abad ke-19 terdapat sesetengah pihak mengemukakan teori bahawa gen yang memangkin kemunculan baka kucing berbulu panjang ini telah dicipta melalui hidbridisasi dengan kucing Pallas. Tetapi setelah penyelidikan dilakukan, teori ini telah disangkal oleh para pengkaji.
Kajian genetik terkini menunjukkan bahawa hari ini baka kucing Parsi tidak mempunyai kaitan dengan baka kucing dari Timur tetapi berasal dari Barat Eropah. Para penyelidik menyatakan, "Walaupun kucing Parsi tradisional mungkin sebenarnya berasal dari Parsi purba, kucing Parsi moden tidak lagi membawa gen susur galur keluarga baka kucing parsi purba.
Kucing Parsi pertama kalinya dipertontonkan di pertunjukan kucing yang dianjurkan oleh Harrison Weir pada tahun 1871 di Istana Kristal, London. Parsi kemudian menjadi baka yang lebih popular malah ada percubaan telah dibuat untuk membezakan baka ini dengan baka kucing dari Angora. Standard pertama baka (kemudiannya dikenali sebagai called a points of excellence list) ini telah dikeluarkan pada tahun 1889 oleh penganjur pertunjukan kucing Harrison Weir. Beliau menyatakan bahawa baka kucing Parsi berbeza dari Angora. Kucing baka Parsi mempunyai ekor yang lebih panjang, struktur bulu yang lebih padat dan kasar serta mempunyai saiz kepala yang lebih besar dengan telinga yang kurang tajam.
Bukan semua pencinta kucing bersetuju dengan perbezaan diantara dua jenis baka ini, dan dalam tahun 1903 "The Book of the Cats" oleh Francis Simpson menyatakan bahawa "perbezaan diantara Angora dan Parsi adalah tidak ketara"
Baka kucing long hair import kini adalah hasil cross breed diantara baka Angora dan Parsi. Kedua-duanya memiliki kepala bulat serta mempunyai kualiti bulu hampir sama. Bulu kucing Parsi panjang dan kusut pada bahagian bawah serta mempunyai bulu luar yang berbulu. Pada musim panas bulu yang kusut dan bergumpal akan hilang dan hanya bulu panjang akan kekal. Bulu baka ini agak pendek di bahagian atas bahu dan sebahagian kaki belakang.
Kini, baka Angora mempunyai bulu yang sangat berbeza, yang terdiri daripada rambut panjang, lembut, dan cenderung untuk bergelung sedikit atau bergelombang pada bahagian bawah badannya. Bulu pada bahagian bahu dan kaki belakang adalah lebih panjang berbanding kucing baka parsi. Angora juga mempunyai struktur muka berbentuk baji, manakala kucing parsi moden mempunyai kepala berbentuk bulat.
Sudah tentu baka kucing Angora dan Parsi telah menjalani proses cross breed dengan peningkatan pada kualiti kedua2 baka ini. Tetapi kebanyakan kucing berbulu panjang pada zaman moden adalah lebih kepada baka parsi berbanding angora.
- Parsi yang berkualiti mempunyai bulu yang amat panjang dan tebal, kaki pendek, kepala luas dengan telinga yang ditetapkan jauh, mata besar, dan muncung pendek. Kucing Parsi mempunyai pelbagai variasi warna contohnya seperti golden, tortoiseshell, blue, dan tabby.
- Parsi umumnya digambarkan sebagai kucing yang tenang. Biasanya tenang dalam alam semula jadi, ia menyesuaikan diri dengan baik kepada kehidupan apartment. Himalayans (kacukan kucing baka parsi dan siam) cenderung untuk menjadi lebih aktif disebabkan oleh pengaruh Siam. Satu kajian perbandingan persepsi dilakukan keatas pemilik kucing-kucing mereka dan baka Parsi dianggap bernilai dari baka lain kerana keakraban dan kasih sayang mereka kepada pemilik, ramah kepada orang yang tidak dikenali, pembersih dan memilih makanan.
- Parsi adalah baka yang paling popular di Amerika Syarikat. Tetapi di UK, bilangan pendaftaran baka ini telah berkurangan sejak awal 1990-an dan Parsi telah jatuh dari tangga teratas dan digantikan oleh baka British Shorthair pada tahun 2001. Sehingga 2008, baka parsi menduduki tangga ke5 baka paling popular, iaitu selepas baka British Shorthair, Siam dan Bengal. Di Perancis, baka Parsi mengalami kemerosotan antara tahun 2003 hingga 2007 iaitu 1/4 daripada jumlah asal baka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan